Erra Fazira Dan Engku Emran Bercerai?

Keluarga-Erra-Fazira-Bahgia-8

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Erra Fazira mahupun suaminya, Engku Emran Zainal Abidin, mengenai kemelut rumah tangga yang cukup hangat diperkatakan selama ini, namun semakin mendiamkan diri, semakin banyak spekulasi membabitkan kehidupan peribadi mereka bertebaran.

Terbaru, ada khabar mengatakan, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita itu dan suaminya akan ke mahkamah syariah, bulan depan. Tujuan mereka ke sana pula masih menjadi tanda tanya. Apakah ia untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun meleraikan kekusutan yang kian membelenggu, hanya mereka saja yang tahu.

Pastinya perkhabaran ini berita yang hangat kerana sebelum ini kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mahligai yang mereka bina. Dan, jika benar mereka bahagia seperti yang dikata, mengapa sampai perlu ke mahkamah?d

Begitupun, selagi tidak mendapat hitam putih daripada Erra dan Emran, selagi itulah juga cerita ingin ke mahkamah syariah April depan tidak ditelan bulat-bulat. Ketika dihubungi bagi mendapatkan kesahihan cerita itu daripada empunya diri, Erra bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

Malah, tegas wanita berusia 39 tahun ini, dia sendiri tidak tahu menahu langsung mengenai perkara terbabit.

Daripada sumber mana pula ni? Setakat ini, daripada pihak saya, memang tiada langsung cerita untuk ke mahkamah,” jawab Erra ringkas.

Tegas ibu kepada Engku Aleesya ini, dia amat memahami serta akur status selebriti yang dipegangnya membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.

Silap percaturan, pasti dia yang akan menanggung akibatnya. Namun, tegas Erra, walau apapun, bergelar artis bukanlah tiket untuk dia memukul canang berkongsi kisah peribadi serta permasalahan dalam rumah tangganya.

Selagi cerita itu bukan daripada mulut Erra sendiri, jadi tak usahlah percaya.

Sebelum ini pun ada banyak cerita yang tidak benar diperkatakan orang. Erra tak mahu cerita seperti itu akan mencetuskan rasa kurang enak dalam rumah tangga kami,” katanya mengharapkan pengertian.

Ketika ditanya mengenai status rumah tangganya, Erra enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Tolong fahami permintaan saya yang kecil ini. Saya ada sebab musabab untuk tidak bersuara. Saya mohon pemahaman daripada anda semua,” katanya.

KB Shouts : Penceraian adalah jalan penyelesaian yang terakhir.

Sumber : LimauAis

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

One comment

  1. eyra ledax

    kak erra kuat ,,tpi apepon jgn lah smpai becerai,,kesian ngn aleesya ,,fikir baik2 yer kak erra ,,mslh b0le diselesaikn,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 575 other followers