Noryn Aziz Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin

Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-

Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki

KB rasa belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berharap agar perkahwinan mereka ini kekal sampai ke akhir hayat. Insyaallah. Amin!

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 538 other followers