Terawih Bersama Suami, Saat Paling Indah Buat Saya – Ella

Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin melahirkan rasa gembira apabila hasratnya untuk melakukan solat Tarawih bersama suami akhirnya tercapai pada awal Ramadan lalu.

Ella, 46, berkata, saat itu adalah antara paling manis yang pernah berlaku dalam hidupnya kerana dia telah memendam hasrat berkenaan sejak sekian lama.

“Walaupun sudah bergelar suami isteri tetapi kami jarang dapat bersama kerana tuntutan kerja masing-masing yang agak sibuk dan padat.

“Bagaimanapun hasrat saya untuk ke masjid menunaikan solat Terawih bersama suami sudah pun tercapai dan ia saat paling indah buat diri saya,” ujarnya ketika ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6.

Tambah Ella, selepas menunaikan solat Terawih juga, dia dan suaminya iaitu Azhar Ghazali, 30-an sempat menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak untuk menikmati teh tarik bersama-sama.

Dalam pada itu, Ella memberitahu dia dan Azhar masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengakui perkahwinan yang dilalui banyak mengubah dirinya sebagai seorang wanita.

“Kehidupan selepas sebulan berumah tangga sangat menyeronokkan tetapi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan.

“Jika sebelum ini saya tidak perlu meminta pendapat orang lain tentang sesuatu perkara atau membuat keputusan kini saya perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah soal memilih makanan.

Ella dan Azhar bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga wanita itu di Klang, dekat sini.

KB Shouts : Pasti Syawal ini amat bermakna buat Ella kan!

Sumber : mStar Online

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 538 other followers