
Berita Baik untuk semua penggemar ‘Stand Up Comedy’. Setelah berjaya dengan membawa komedian terkenal Russell Peters ke Malaysia baru-baru ini, kini, LOL Events sekali lagi akan membawa tawa kepada anda semua.
LOL Events kali ini akan membawa seorang komedian dari Singapura, yang terkenal dengan nama The Fabulous Kumar dan bakal mengadakan persembahan beliau di KLCC Plenary Hall pada 9 Jun 2012.
Fabulous Kumar sudah terkenal dikalangan penggemar ‘comedy show’ ini dan dijangka akan membuat satu persembahan yang boleh buat anda tak henti ketawa selama 2 jam. Mereka juga jamin Fabulous Kumar akan memberi satu persembahan yang mantap dan diingati oleh semua. Tak percaya? Kalau tak caya, KB sarankan sangat-sangat kepada sesiapa yang belum pernah menonton show yang sebegini untuk pergi dan alami sendiri pengalaman ‘non stop laughing’ itu.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket ke Kumar Live in KL pada 9 Jun ini di KLCC Plenary Hall, sila ke website Ticketpro untuk mendapatkan maklumat lanjut.
KB Shouts : U will never regret it!