Train Live in KL, 16 Jun Ini!

Masihkah anda ingat dengan lagu Drops of Jupiter (Tell Me) yang satu ketika dahulu menjadi siulan oleh anak remaja.

Kumpulan yang mempopularkan lagu tersebut, Train bakal berada di Malaysia pada Jun ini menemui peminat mereka bertempat di KL Live.

Menerusi konsert Train Live in Malaysia dibawakan kepada anda oleh gabungan diantara JS Concert Productions dan Fatboys.

Ini merupakan penampilan pertama mereka ke Malaysia dan memberi peluang kepada peminat kumpulan ini untuk bertemu Train dengan labih dekat lagi.

Setelah kejayaan yang diterima begitu memberangsangkan pada 2001 dengan single Drop of Jupiter, kumpulan ini sering mendapat pengiktirafan sehinggalah pada 2002 pengasas kumpulan ini Rob Hotchkiss memilih untuk bergerak solo.

Bermula pada April 2009 mereka kembali dengan tiga orang ahli lama dan dua orang ahli baru dan tampil dengan single Hey Soul Sister bagi album terbaru mereka Save Me San Francisco. Lagu tersebut telah menjuarai banyak carta di banyak negara.

California 37 adalah album ke enam bagi kumpulan ini dia ia telah mempertaruhkan single Drive By yang muncul pada January 2012.

Turut sama menjadi hits, Train masih mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.

Adakah anda juga salah seorang daripada jutaan peminat kumpulan ini? Jangan lepas peluang untuk menonton Train Live in KL pada Sabtu, 16 Jun 2012.

Untuk sebarang maklumat mengenai konsert ini anda boleh mendapatkan info di http://www.ticketpro.com.my. atau Hotline – 03-78807999.

KB Shouts : Suka dengar lagu Marry Me diorang….

Sumber: Murai

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 537 other followers