‘Saya Tidak Akan Bertanding Dalam Pilihanraya’ – Wardina Safiyyah

Beberapa blog politik sebelum ini kecoh menyatakan yang Wardina Safiyyah akan menjadi calon di dalam PRU13. Namun hari ini, Wardina menafikan perkara tersebut dan berkata yang dia tidak akan mewakili mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat. Malah Wardina menegaskan yang dia tidak bercadang untuk bergiat aktif di dalam politik.

Wardina yang ditemubual oleh MyNewsHub berkata:-
Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Yang paling bagus, Wardina menyatakan yang dia mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya di samping sibuk melanjutkan pelajarannya. Ini satu langkah yang bagus kerana imej Wardina sememangnya sangat bersih. Semoga Wardina tidak terpengaruh dengan ajakan mana-mana pihak untuk terjun ke dalam dunia politik Malaysia.

KB Shouts : Keluarga lebih utama…:)

Sumber : BeautifulNara

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 538 other followers