Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg Sudah Kahwin!

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakhiri minggu yang padat dengan urusan pengapungan syarikat laman sosial itu dengan mengumumkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga.

Status terbarunya di laman sosial ialah “sudah berkahwin”.

Pengapungan Facebook, yang berusia lapan tahun, meletakkan syarikat itu bernilai lebih RM300 bilion.

Dia mengumumkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Priscilla Chan, 27, yang dikenali sejak belajar di Harvard, semalam.

Majlis perkahwinan yang dihadiri sekitar 100 orang telah diadakan di rumahnya di Palo Alto, California.

Seperti Zuckerberg, Chan, pelajar perubatan, juga melalui hujung minggu yang padat kerana menghadiri majlis konvokesyen.

Zuckerberg menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-28 esok.

Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan.

Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004.

Pasangan itu kemudian berpindah ke California – lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco.

Zuckerberg menguasai 56 peratus ekuiti dalam Facebook.

KB Shouts : Congratulations!!

Sumber : Sinar Harian

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 538 other followers