Nabila Huda Akui Rapat Dengan Johan Asari

Kisah hubungan yang terjalin antara dua pelakon Nabila Huda,28, dan Johan Asari, 26, sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan, tetapi kedua-duanya seperti tarik tali dan berselindung untuk memberi penjelasan sebenar.

Namun, Nabila Huda yang ditemui selepas majlis Tayangan Eksklusif Jalan Kembali Bohsia 2 semalam akhirnya terbuka untuk menjelaskan mengenai hubungannya yang dianggap seperti pasangan kekasih.

Walaubagaimanapun Nabila Huda menjelaskan hubungannya dengan Johan adalah kawan rapat dan sering berhubung antara satu sama lain untuk bertanyakan khabar.

“Memang hubungan kami rapat dan kami selalu menghubungi antara satu sama lain jika berjauhan. Kami sering telefon dan SMS.

“Namun sebenarnya status kami adalah kawan rapat dan dia seorang kawan yang sangat baik kepada saya,” katanya.

Sungguh pun begitu, anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu berkata, dia kini sudah merasakan tekanan terhadap hubungan mereka selepas mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

“Sebenarnya saya jadi tertekan bila orang kerap bertanyakan kepada kami adakah kami menjalinkan hubungan cinta.

“Bila kami berkawan rapat dan kerap bersama, ada pula peminat-peminat Johan terutamanya yang kurang senang dengan hubungan ini.

“Sampai satu tahap, saya pernah memberitahu dia sangat susah hendak berkawan dengan dia setelah banyak respon yang kurang senang diberikan kepada saya. Tetapi dia tetap pertahankan hubungan kami,” luahnya.

Mengulas mengenai soal cinta, ibu tunggal kepada Kheisya Laila, 2, itu berkata belum tiba masanya untuk memikirkannya dan jika boleh dia mahu bertemu jodoh dengan jejaka yang bukan dari kalangan industri hiburan.

“Terus-terang, saya tidak bersedia lagi untuk mempunyai hubungan serius seperti bercinta. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan lagi.

“Malah, buat masa sekarang, bukan misi saya untuk mencari cinta dan rasanya dengan status saya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak bukannya mudah..

“Lagipun, jika mahu memikirkan pasangan hidup kelak rasanya saya lebih selesa untuk bercinta dengan jejaka yang bukan orang yang berada dalam industri yang sama dengan saya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri untuk TV Al-Hijrah berjudul Nikallaya dan bakal muncul dengan filem Jalan Kembali Bohsia 2 pada 7 Jun ini.

KB Shouts : Pewiittt…!

Sumber : Murai

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 538 other followers