Johan Nak Tinggalkan Jozan Untuk Sepahtu?

KB baru dapat berita pasal pelawak terkenal Johan. Khabarnya, Johan atau nama sebenanrya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28 akan menyertai kumpulan lawak Sepahtu. Namun begitu, Johan sendiri tidak mengetahui tentang khabar tersebut dan menegaskan khabar angin itu tidak benar sama sekali.

“Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu. Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini.”

Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut. Akan tetapi itu hanyalah khabar angin yang tidak benar.

Apabila ditanya kepada Shuib, salah seorang ahli Sepahtu, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu.

“Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini. Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini. Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul.”

Walaubagaimanapun, Shuib dan Jepp tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.Kalau dah popular, macam-macamlah cerita timbul kan? Teringin juga lihat gabungan Sepahtu dan Jozan.

KB Shouts : Phewww!!

Sumber : Ohartis

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 526 other followers