Kumpulan improv komedi Malaysia, Artifically Intelligent: Improvholics Anonymous (AI:IA) kembali lagi dengan jenaka yang spontan dan merbahaya dengan pementasan penuh ketiga iaitu, “Improv, Jom?”.

Pementasan 90-minit ini diterbitkan oleh Playground Productions dan akan dipentaskan di Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre, dari 16-20 Mei dan Stage 2, Penang Performing Arts Centre, from 25-27 Mei. Pementasan ini bergantung pada penyertaan penonton dan akan menengahkan pelbagai permainan improv, seperti di dalam rancangan televisyen yang popular, Whose Line Is It Anyway.
Untuk pengetahuan semua, pementasan ini tidak menggunakan skrip dan penonton memainkan peranan yang penting bagi membina adegan-adegan untuk dimainkan oleh pelakon dengan menggunakan cadangan-cadangan dari penonton dan peraturan yang ditetapkan untuk setiap permainan improv yang berbeza.
‘Improv, jom ?’ akan memaparkan tujuh pemain improv iaitu Amelia Chen, Ashraf Zain, Farah Rani, Iedil Putra, Jit Yang, Malik Taufiq and Shamaine Othman dan juga seorang pemain keyboard, Aaron Lo.
Amelia Chen, selaku salah seorang pengasas AI:IA berkata, “ Apa yang menarik tentang pementasan komedi improv adalah setiap pementasan berbeza dan tidak mungkin ada dua persembahan yang sama. Kami akan bermain permainan fizikal, permainan kata-kata dan juga permainan muzikal, penonton pasti tak kering gusi.”
Pengarah Artistik Playground Productions, Megat Sharizal pula berkata, “ Kami sudah lama meminati kumpulan AI:IA yang terdiri daripada sekumpulan pelakon yang bersemangat. Kami sokong tujuan AI:IA untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia keseronokan teater berasaskan improvisasi dan oleh sebab itu, kami telah bercadang untuk membawa mereka ke Pulau Pinang juga.
‘Improv, Jom?’ akan dipentaskan di Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre, dari 16-20 Mei dan Penang Performing Arts Centre, dari 25-27 Mei. Harga tiket adalah RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk pelajar. Bagi mereka yang membeli tiket sebelum 10 Mei, harga tiket adalah RM 25.Tiket boleh dibeli di cawangan Actors Studio.
AI:IA juga menawarkan bengkel improvisasi percuma bagi kolej dan universiti yang membuat tempahan berkumpulan sebanyak 30 orang minima. Tarik dan tempat bengkel akan ditetapkan mengikut jadual kedua-dua belah pihak. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.facebook.com/aiiaimprov.

KB Shouts : Jom ramai-ramai gelak..hahahaha!!
Sumber : Gua