Fouziah Gous Nafi Bertunang, Nikah Tahun Ini

Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia bakal bertunang pada Jun ini dan bernikah pada Januari tahun depan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro dan blog hiburan baru-baru ini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Fouziah Gous cukup terkejut dan melahirkan rasa kesal apabila ada pihak yang memandai-mandai telah meletakan tarikh tertentu bagi dua agenda yang sangat penting dalam hidupnya itu.

“Saya sendiri tidak tahu tarikh saya akan bertunang dan bernikah kerana terus terang saya sendiri belum tahu bilakah saya akan menamatkan zaman bujang dan saya tidak pernah merancang ke arah itu lagi. Malah dengan siapa saya akan kahwin pun belum tahu lagi.

“Saya cukup pelik, bagaimana ada pihak yang memandai-mandai menetapkan dua tarikh penting ini. Tapi sekiranya benarlah saya akan bertunang pada Jun ini dan bernikah Januari tahun depan, memang bagus betul tukang tilik itu,” katanya sempat bergurau.

Jelas Fouziah Gous, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya.

Malah dia juga kesal, apabila kenyataannya pernah disalah anggap oleh pihak media dan juga pengunjung laman Twitter miliknya baru-baru ini, gara-gara dakwaan menjalinkan hubungan bersama seorang VVIP bergelar Datuk Seri.

“Agak pelik juga, daripada mana perkara ini boleh datang. Kasihan pula dengan peminat saya yang terpaksa mendengar semua kejadian ini.

“Tapi lebih kasihan kepada rakan-rakan yang berkecil hati kerana menganggap saya tidak mengundang mereka ke majlis pertunangan saya. Tiba-tiba saja saya dilayangkan ucapan tahniah.

“Padahal, hakikatnya saya sendiri tak tahu menahu tentang perkara ini. Jauh sekali untuk saya merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahan saya,” katanya yang masoh sibuk dengan penggambaran drama Trilogi Cinta untuk tayangan RTM.

KB Shouts: Nak rahsia lagi ker?

Sumber: Murai

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 526 other followers