Luna Maya & Ariel Peterpan Putus Sebab Duit?

Berakhirnya hubungan cinta antara dua selebriti terkenal negara seberang Luna Maya dan Ariel Peterpan tampaknya disebabkan oleh pelbagai masalah. Selepas dikhabarkan putus kerana muncul pihak ketiga, kini timbul pula khabar yang mengatakan hubungan mereka putus disebabkan masalah kewangan yang melanda.

Desas-desus yang tersebar mendakwa ketika pasangan ini masih bersama, mereka mempunyai satu akaun simpanan bersama yang dipegang Ariel. Namun setelah putus, Luna dikatakan meminta kembali wangnya dari Ariel yang kini masih berada di penjara Rutan Kebonwaru, Bandung.

“Barang-barangnya (Luna) juga masih banyak di rumah Ariel,” kata satu sumber.

Ariel yang sebelum ini ketika bersama ahli kumpulan Peterpan, merupakan salah satu pemuzik yang berpendapatan tinggi. Namun kini dia tidak lagi mampu untuk mendapat wang seperti dahulu selepas dia dipenjarakan kerana kes video lucahnya.

Luna pula sekarang ini dikatakan sudah menemui pengganti Ariel. Jejaka yang dimaksudkan itu merupakan seorang pengusaha kafe. Bagi Luna yang juga pengarah filem “Skors” itu juga tidak menafikan jika dirinya yang sentiasa rapat dengan banyak pengusaha.

“Saya memang rapat dengan banyak pengusaha, kan saya juga pengusaha,” jelas Luna.
Luna juga tidak pernah mahu bercerita panjang tentang hubungannya dengan Ariel yang dikata telah berakhir.

Namun sumber terdekat Ariel telah mengesahkan bahawa mereka sudah berpisah.

KB Shouts: Teman tapi mesra..

Sumber: Yahoo Malaysia

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 539 other followers