Khairul Fahmi Che Mat Dan Dahlia Teck Sudah Berpisah, Tumpu Kerjaya!

Kotak Berbunyi dapat info terkini mengenai status penjaga gol bolasepak negara yang juga merupakan seorang selebriti yang sedang meningkat namanya, Khairul Fahmi Che Mat (Apex).
Diharap ‘Die-Hard-Fans’ Apex tak marah KB buat entri tentang selebriti kesayangan anda. Wah!

Kepada yang tidak tahu atau kurang peka terhadap perkembangan hiburan tanahair, Apex kini terpilih untuk bergelar jurucakap atau model untuk wangian terbaru keluaran SimplySiti, milik Siti Nurhaliza.

Tetapi fokus entri kami kali ini lebih berkisahkan mengenai status terkini Apex. Menariknya, dalam temubual baru baru ini, Khairul Fahmi Che Mat mengakui yang beliau kini sudah kembali solo. Ops!

Khairul Fahmi Che Mat sendiri mengakui yang beliau kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan model sambilan, Dahlia Teck.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apex berkata:

“Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.” -Apex

Khairul Fahmi Che Mat juga berkata beliau tidak mahu peminat berspekulasi dan mengaitkan Leuniey Natasha dengan apa yang terjadi antara beliau dan Dahlia Teck. Apex kini mahu menumpukan lebih perhatian kepada keluarga juga kerjaya beliau sebagai wakil negara.

KB Shouts: Selera semakin besar..Hmm

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 537 other followers