10 Foto Preview Filem Chow Kit, Bakal Meneruskan Kegemilangan Songlap?

Berikut merupakan teori atau harapan yang diletakkan pada filem produksi Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance, Chow Kit yang akan menemui penggemar filem negara pada 3 Mei 2012 kelak. Filem yang bertemakan realiti kehidupan di lorong Chow Kit ini akan membawa dua kisah berbeza yang akan bersatu di penghujungnya, seolah-olah penyelesaian pada sebuah teka-teki sepanjang filem tersebut.



Dengan arahan oleh pengarah berbakat, Rosihan Zain, bahagian pertama filem Chow Kit akan membawa anda menyelami dengan lebih dekat kehidupan anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Chow Kit. Penat jerih anak-anak Chow Kit dalam setiap percubaan demi percubaan untuk memulakan hidup baru disifatkan sebagai jauh berbeza dengan kehidupan anak-anak lain dan atas dasar itulah Rosihan memilih untuk menumpukan pengarahannya pada anak-anak ini.


Bahagian kedua filem Chow Kit merupakan arahan pengarah muda, Brando Lee. Beliau memilih untuk menyingkap realiti kehidupan mereka yang terperangkap dengan hidup di lorong ini di mana demi mencari sesuap nasi, pelbagai cabaran perlu mereka hadapi.

Kancah pelacuran dan jual-beli dadah antara kisah gelap di Chow Kit yang dipelopori oleh tuan pengarah demi menghasilkan filem yang tidak lari dari kehidupan sebenar lorong tersebut. Namun di tengah-tengah kancah itulah terserlah nilai persahabatan dan pemeliharaan maruah, dan terputik bibit-bibit percintaan yang tidak tersangka.



Harapan tinggi yang diletakkan bagi filem Chow Kit bertindak sebagai pemangkin semangat bagi kedua-dua pengarah bagi memastikan filem karya mereka ini setanding dengan filem lain yang telah diiktiraf kualitinya di mata penonton filem Malaysia. “Kami harap penonton akan datang ke panggung dengan pemikiran yang terbuka, kerana filem ini sememangnya berbeza dari filem-filem yang pernah mereka tonton selama ini,” ujar Brando Lee ketika ditanya akan harapan beliau bagi filem ini.

Antara pelakon yang membintangi Filem Chow Kit adalah Dira Abu Zahar, Lana Nordin, Namron, Sherry Merlis, Yasmin Hani, Mers Sia, Beto Kusyairi dan ramai lagi.

Segala perkembangan terkini akan filem ini boleh didapati di laman Facebook http://www.facebook.com/chowkitmovie serta laman twitter @grandbrilliance.

KB Shouts: Chow kit roaddd…

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 526 other followers