Aktres dan penyanyi jelita Indonesia, Dewi Persik (Depe) yang dijadualkan akan membuat penggambaran filem terbaru dimana Depe akan bergandingan dengan aktor terkenal antarabangsa, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean.
“Ya, memang betul. Tapi kalau untuk Mr Bean saya tidak boleh beritahu berapa bayarannya,”ujar penerbit filem, KK Dheraj ketika dihubungi kami.
Penerbit dan pengarah filem yang akan diberi judul “Mr. Bean Kesurupan Depe” masih dalam proses perbincangan bagi membuat satu perjanjian khas.
Menurut sumber dari seberang, dia dikatakan akan menerima bayaran sebanyak Rp2 Milliar (RM335 ribu).
“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Yang pasti, akan ada satu perjanjian khas antara saya dan Mr Bean. Penggambaran filem akan dilakukan di Indonesia, kebanyakkannya akan dilakukan di Jakarta,”kata KK.
Ketika ditanya genre bagi filem terbarunya, KK memberitahu bahawa ia sebuah filem komedi seram.
“Filem ini adalah sebuah filem komedi seram. Ia dibuat untuk memberi hiburan kepada penonton di Indonesia. Ia boleh ditonton oleh semua lapisan umur. Kita lihatlah nanti bagaimana aksi Depe dan Mr Bean,”jelasnya.
KB Shouts: Mr Bean?
Sumber: Yahoo! Malaysia
