Foto Pierre Andre dan Yana Samsuddin Kembali Bercinta?

Pierre Andre dan Yana Samsuddin kembali bercinta setelah berpisah sekian lama dahulu? Kenapa? Apa yang membuatkan mereka kembali bersama setelah sudah bersetuju berpisah suatu masa dahulu? Soalan, soalan dan soalan bukan?

Malam tadi KB sempat ke majlis pra-tonton filem 3 Temujanji, terbitan Metrowealth (MIG) yang telah diadakan di TGV Sunway Pyramid. Untuk pengetahuan korang, ini adalah filem ke-58 terbitan MIG. Hebat kan MIG! Okay, kali ini MIG tampil dengan filem berbentuk romantik komedi dan yang istemawanya filem ini adalah kerana buat pertama kali pengarah menggandingkan Pierre Andre dan Yana Samsuddin sebagai watak utama. Ye lah, dua nama besar dalam industri ini kan pernah melalui sejarah percintaan bersama cuma kali ini, mereka akan mengulangi saat-saat percintaan itu semula di layar perak. Ha! Terjawab sudah kan? Pierre Andre dan Yana Samsuddin sebenarnya bercinta dalam Filem terbaru terbitan MIG, dibawah arahan Hashim Rejab berjudul ’3 Temu Janji’.

Yana sempat mengulas, pada mulanya dia agak kekok dan gementar apabila diberitahu akan bergandingan dengan Pierre Andre. Tetapi disebabkan sikap professional Pierre semasa diset, ia memudahkan Yana untuk menghayati wataknya itu. Dia juga bersyukur kerana selepas digabungkan dalam filem ini, hubungan dia dan Pierre kembali rapat. Tapi hanya sebagai kawan.




Confirm ramai peminat Pierre dan Yana yang tak sabar nak tengok lakonan mantap mereka didalam filem ini kan. KB pun hampir terbuai dengan kisah cinta mereka sehinggakan KB rasa mereka seolah-olah memang sedang bercinta. Mungkin chemistry diantara mereka masih ada menyebabkan lakonan mereka sangat real dan dapat dirasakan oleh penonton.

Disamping Pierre & Yana, pengarahnya, Hashim Rejab menampilkan Kamal Adli dan Diana Amir sebagai pelakon pembantu untuk filem 3 Temujanji ini.Selain itu, Farid Kamil, Wawa Zainal, Zul Suphian, Cat Farish dan beberapa nama lain juga muncul sebagai penampilan istimewa dalam filem ini.

Untuk Diana Amir, ini adalah filem terakhir beliau sebelum beliau berhijab. Diana sempat memberitahu sekiranya dia di offer lagi watak sebegini , dia mungkin terpaksa menolak kerana dia harus mencari watak yang sesuai dengan imej barunya itu. Nak tahu macam mana watak Diana, jangan lupa ke panggung untuk menonton filem ni ok?



Secara kesulurannnya, Filem 3 Temujanji ini mempaparkan kehidupan anak-anak muda masa kini yang kurang memahami erti cinta sebenar tetapi berusaha untuk mencari cinta yang diimpikan. Pengarahnya juga menyelitkan unsur komedi untuk membuatkan jalan cerita filem ini lebih bersahaja selain menarik dan menghiburkan. Hashim Rejab diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menggarap sebuah naskah cinta 3 Temujanji ini dengan penceritaan yang matang dan dia berharap agar penonton dapat menerima naskah cinta terbaru daripada beliau ini.

3 Temujanji akan berada di pawagam pada 5 April 2012. Saksikan untuk mengetahui nilai cinta yang sebenar!

Enjoy trailer filem 3 Temujanji ni ya!

Kotak Berbunyi: KB tertarik dengan metaphor puzzle yang digunakan oleh pengarah untuk mengungkai cinta antara Pierre dan Yana. Unik sangat! Syabas Hashim dan seluruh team produksi filem 3 Temujanji ini.

Sinopsis 3 temujanji
Filem 3 Temujanji mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna.

Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Dibawah adalah koleksi foto belakang tabir pembikinan filem ’3 Temu Janji’. Enjoice!

This slideshow requires JavaScript.


KB Shouts: Comelnyerrr!

Sumber: Kotak Tisu

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 526 other followers