Projek Disko Baldi In Love Kembali Lagi!

Ensemble komedi sketsa, Projek Disko Baldi kembali lagi sekali dengan persembahan Projek Disko Baldi in Love. Kerana sambutan yang begitu menggalakkan pada pementasan lepas, mereka mengambil keputusan untuk mementaskan semula persembahan ini pada 27-29 April 2012 di PJ Live Arts. Persembahan yang akan berlangsung selama 90 minit ini diterbitkan oleh Playground Productions, dan menampilkan sketsa-sketsa yang diilhamkan oleh tema cinta dan kasih sayang dan lain-lain isu-isu semasa.

Persembahan dwibahasa ini akan dipenuhi dengan sketsa-sketsa dan juga lagu-lagu ciptaan asal. Projek Disko Baldi dibarisi penggiat-penggiat teater dan pelakon seperti Redza Minhat, Iedil Putra, Shamaine Othman, Megat Sharizal, Farah Rani dan Tuan Faisal. Ia juga turut dibintangi pelakon dan penggiat teater yang sedang meningkat naik, Sherry Abdullah.

Pengarah Artistik Playground Productions Megat Sharizal berkata, “Kali ini kami memilih cinta sebagai tema kerana cinta adalah sebuah tema yang agung dan kita semua tahu bahawa kadangkala kisah-kisah cinta ini boleh dijenakakan. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mengehadkan diri kami dengan hanya dengan sketsa bertemakan cinta tetapi mungkin juga sketsa yang melihat isu-isu semasa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.”

“Selepas persembahan pertama kami, kami gembira bahawa khalayak ramai dapat menerima komedi yang kami persembahkan. Kami juga telah berjaya untuk membina asas peminat yang kukuh pada Facebook, Twitter dan Youtube. Nampaknya seperti masa yang sesuai untuk peminat menerima persembahan kami yang seterusnya” kata Megat.

Untuk mereka yang tak tahu pasal Projek Diko Baldi ni, biar KB explain sedikit tentang mereka.

“Projek Disko Baldi adalah sebuah kumpulan ensemble komedi dibawah naungan Playground Productions, ditubuhkan pada bulan Ogos 2010 oleh sekumpulan penggiat teater yang mempunyai “cinta” yang mendalam terhadap komedi. Mereka terdiri daripada Redza Minhat, Iedil Putra, Shamaine Othman, Megat Sharizal, Farah Rani, Ashraf Zain dan Tuan Faisal. Projek Disko Baldi bertujuan untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan sebuah lagi kumpulan komedi di samping bakat-bakat yang sedia ada”

So kepada peminat teater dan sketsa komedi, jom kita support diaorang!

Tarikh : 27-29 April 2012, 8.30 malam & 28-29 April 2012, 3.00 petang
Tempat​: PJ Live Arts, Jaya One, Jalan Universiti 46200 Petaling Jaya

Harga Tiket:
Dewasa ​: Tempat Duduk Biasa (RM35); Tempat Duduk Premium (RM45)
Pelajar ​: Tempat Duduk Biasa (RM 25); Tempat Duduk Premium (RM 35)

Rating : 18-PL
Jangkamasa : 1 Jam 30 minit (tiada intermission)
Bahasa: English dan Melayu.
Untuk Tempahan: http://www.pjla.com.my / 603.7960.0439 / boxoffice@pjla.com.my

Sumber: Kotak Berbunyi

About these ads

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 537 other followers